PROGRAM BANTU KEBUTUHAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM PIATU

Dimulakan pada:
02 Apr, 2026
PROGRAM BANTU KEBUTUHAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM PIATU
40.67%
RM1,220
/RM3,000
39
penyumbang
17
baki hari

Tentang Kempen

BANTU KEBUTUHAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM PIATU YANG DI TINGGALKAN KEDUA ORANG TUANYA.

“KASIH MEREKA TERPUTUS DI DUNIA, NAMUN JANGAN KITA BIARKAN HARAPAN MEREKA TURUT TERHENTI’’ BANTU KEBUTUHAN DAN PENDIDIKAN ANAK YATIM PIATU YANG DI TINGGALKAN KEDUA ORANG TUANYA.

Dalam kehidupan ini, tidak semua anak dilahirkan dengan kasih sayang ibu dan ayah yang berpanjangan. Ada di antara mereka yang diuji dengan kehilangan kedua-dua orang tua sejak usia yang sangat muda. Anak-anak yatim piatu ini bukan sahaja kehilangan tempat bergantung, tetapi juga kehilangan pelindung, pembimbing, dan sumber kasih sayang yang sepatutnya mereka nikmati.

"Aku dan orang yang memelihara anak yatim itu akan masuk surga seperti ini," Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dan merenggang keduanya." (HR. Bukhari).

Hari ini anak yatim yang hidup dalam kemiskinan kekurangan makanan berkhasiat, pakaian yang sopan, dan peluang pendidikan yang layak. Mereka mempunyai impian yang besar, tetapi sering dihalang oleh halangan yang tidak dapat mereka atasi sendiri.

Sehubungan itu, kami dengan penuh rasa tanggung jawab dan keinsafan ingin melancarkan Program Bantuan Kebutuhan dan Pendidikan Anak Yatim Piatu ini sebuah inisiatif kebajikan yang bertujuan untuk:

1. Menyediakan keperluan asas seperti makan yang berkhasiat

2. Membantu pembiayaan pendidikan supaya merekaterus belajar tanpa terhenti

3. Menyediakan keperluan sekolah dan yuran pembelajaran

Tuan dan puan yang dirahmati Allah SWT, dalam Islam, menjaga dan menyantuni anak yatim adalah amalan yang sangat mulia. Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an agar kita tidak berlaku kasar terhadap anak yatim dan sentiasa berbuat baik kepada mereka. Setiap sedekah yang kita hulurkan bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga menjadi bekalan pahala yang berterusan untuk kita di akhirat kelak.

Program ini bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi juga usaha membina masa depan. Kita ingin melihat anak-anak yatim ini bangkit menjadi generasi yang kuat, berilmu, dan mampu menyumbang kepada agama, masyarakat, dan negara. Dengan izin Allah SWT, sumbangan kecil kita hari ini boleh mengubah seluruh perjalanan hidup mereka.

Marilah bersama-sama menjayakan program ini. Hulurkanlah sumbangan dengan niat yang tulus. Setiap derma yang diberi akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Setiap doa anak yatim piatu yang kita gembirakan mungkin menjadi asbab dimakbulkan doa-doa kita. Jangan biarkan mereka dalam kesedihan. Jadikanlah kita insan yang membawa cahaya dalam kehidupan mereka.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 10, 2026
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2026
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2026
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 29, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

KONGSI KEBAHGIAAN AIDILADHA BERSAMA ANAK YATIM DHUAFA DI PEDALAMAN
PERSALINAN BERSIH UNTUK MANGSA BENCANA SUMATERA
BANTU 125 PELAJAR AL QURAN BINA KELAS BAHARU SEKARANG
TABUNG BANGUN KEMBALI TANAH PALESTINE
SEMPURNAKAN FARDU KIFAYAH UNTUK INSAN TERBIAR